Saturday, November 24, 2012

Aku Yang Malas..

yer...mmg aku malas sangat nak update blog..bukan tak der cerita nak tulis..banyak sgt..tapi M.A.L.A.S! (pastu ader org kisah ke..aku malas? hahaha..)

Saturday, March 3, 2012

Cinta Allah Tidak Menghampakan

kat sini nak share satu artikel, dah lama simpan artikel ni..sbb nak share dan nak simpan untuk sendiri baca actly..ok..artikel bertajuk seperti dah di tulis kat atas tu la...ok..lets go to the article ok :) ----->

" Kelihatan cinta seperti satu cahaya yang datang, membahagiakan hati menyejukkan jiwa. tetapi ada juga cinta yang tidak kesampaian, iaitu apabila kita mencintai seseorang yang tidak pernah mencintai kita. saya juga pernah bercinta. sekali. pada mulanya terasa bagaikan sudah menggenggam bintang kebahagiaan. langit terasa cerah, tidak pernah mendung. cahaya matahari seolah-olah menari riang, angin seolah-olah menyapa lembut, menyatakan bahawa inilah cinta yang dicari. tetapi kemudiannya, bintang mula gugur, langit mula mencurahkan titisan air mata, matahari mula malap, angin berhenti berhembus, ketika cinta tidak diizinkan Allah SWT. dia mengkhianati saya ketika hati saya tulus ikhlas padanya. Pada masa itu, saya seakan-akan tidak mampu lagi berdiri. hati terasa bagaikan dicarik-carik.

Kembali

" akhirnya, saya mampu kembali berdiri. kalau tak ingat bahawa Allah SWT yang memberikan saya cahaya, kalau tak ingat bahawa Allah SWT yang memberikan saya kekuatan hati, kalau tak ingat bahawa Allah SWT yang menghapuskan segala resah, duka, nestapa, kesakitan, kesengsaraan, derita, dan kesedihan saya tidak mungkin dapat tersenyum seperti sekarang. akhirnya, saya dapat menyimpulkan, cintailah Allah SWT sebelum kamu mencintai hamba-Nya. janganlah bersedih hati jika kamu dikhianati. janganlah bersedih ketika kamu dibohongi. janganlah bersedih ketika kamu dilukai pula, janganlah bersedih kerana qada telah ditetapkan, sesuatu yang ditakdirkan telah terjadi, pena-pena telah mengering, lembaran-lembaran catatan ketentuan telah dilipat, dan setiap perkara telah ditetapkan!

ok...gitulah catatan artikel ni..aku suka baca sebab apa yang dialami oleh penulis tu lebih kurang sama dengan apa yang aku alami..luahan penulis penuh dengan intipati pengajaran yang boleh dikongsi bersama. bila baca baris luahan penulis tu kan, buatkan jiwa aku terasa kerdil insaf atas setiap kelalaian yang pernah dilakukan secara sengaja atau tidak dan jugak ia mengingatkan aku bahawa cinta Allah itu paling utama dalam hidup.